Terdapat 3 jenis grounding kereta iaitu;
1. Point ke point
2. Point ke bateri
3. Gabungan kedua-duanya
Point
di sini bermaksud tempat yang boleh dilekatkan atau disambungkan dengan
wayar grounding selalunya pada skru-skru tertentu pada chasis,
alternator, enjin, trottle body, firewall etc. Pada kendereaan itu
sendiri sudah ada beberapa point grounding yang bersambungan dengan
terminal -ve bateri (wayar kecil - tak memadai).
Point ke point - penyambungan wayar pada point-point tertentu seperti alternator ke chasis.
Point ke bateri - penyambungan wayar daripada point terus ke bateri.
Ketiga-tiga jenis grounding ini mempunyai fungsi yang sama tetapi jenis gabungan adalah disarankan untuk 'melawaskan' sistem elektrik kereta. Jenis
ini tidak membebankan terminal -ve bateri.
Wayar untuk grounding bole didapati di kedai-kedai eksesori yang tertentu atau boleh dibuat sendiri (custom made), selalunya dengan menggunakan wayar welding. Wayar dari daripada jenis fully copper adalah disarankan.
Terdapat
2 jenis wayar welding iaitu yang berwarna biru dan oren. Warna
biru selalunya adalah 100% tembaga manakala warna oren adalah campuran
tembaga dan alluminium.
Welding cable bersaiz 35mm2, 100% tembaga, custom made.