Tuesday, May 3, 2016

Jenis-jenis grounding

Terdapat 3 jenis grounding kereta iaitu;
1. Point ke point
2. Point ke bateri
3. Gabungan kedua-duanya

Point di sini bermaksud tempat yang boleh dilekatkan atau disambungkan dengan wayar grounding selalunya pada skru-skru tertentu pada chasis, alternator, enjin, trottle body, firewall etc. Pada kendereaan itu sendiri sudah ada beberapa point grounding yang bersambungan dengan terminal -ve bateri (wayar kecil - tak memadai).

Point ke point - penyambungan wayar pada point-point tertentu seperti alternator ke chasis.
Point ke bateri - penyambungan wayar daripada point terus ke bateri. 

Ketiga-tiga jenis grounding ini mempunyai fungsi yang sama tetapi jenis gabungan adalah disarankan untuk 'melawaskan' sistem elektrik kereta. Jenis ini tidak membebankan terminal -ve bateri.

Wayar untuk grounding bole didapati di kedai-kedai eksesori yang tertentu atau boleh dibuat sendiri (custom made), selalunya dengan menggunakan wayar welding. Wayar dari daripada jenis fully copper adalah disarankan.

Terdapat 2 jenis wayar welding iaitu yang berwarna biru dan oren. Warna biru selalunya adalah 100% tembaga manakala warna oren adalah campuran tembaga dan alluminium.

Welding cable bersaiz 35mm2, 100% tembaga, custom made.

No comments:

Post a Comment