Sesebuah
kereta itu mungkin mempunyai sistem grounding yang lengkap tetapi
mungkin ianya tidak berfungsi dengan sepatutnya. Grounding yang teruk
bermaksud terdapat kerintangan dalam sistem elektrik di mana arus yang
cuba memasuki peralatan elektronik diperlahankan atau disekat yang
menyebabkan hanya sejumlah kecil arus yang dapat disalurkan pada
peralatan elektronik. Ini menyebabkan perlatan elektronik tidak
beroperasi secara optimum kerana arus yang dibekalkan adalah tidak
mencukupi.
Kenderaan yang lama (lebih 3 tahun), chasis sudah berkarat dan 'degraded' menyebabkan kerintangan adalah lebih tinggi.
Sebagai
kiasan, lihat kepada sistem saluran darah manusia. Semasa kecil, salur
darah memang berfungsi dengan baik tetapi apabila bertambah dengan usia,
salur darah semakin menyempit dan diburukkan lagi dengan penempelan
kolestrol pada dinding salur darah.
Voltage yang mencukupi adalah penting supaya peralatan elektronik dapat berfungsi dgn efesien dan optimum secara tak langsung dapat memanjangkan hayat bateri sesebuah kenderaan. Plug contohnya; bila cukup voltage akan menjadikan pembakaran lebih efisien dan secara tak langsung menjimatkan penggunaan bahanapi.
kesan ketidakcukupan elektrik boleh dilihat ketika kompresser airkon 'kick. Keadaan 'malap' seketika berlaku disebabkan 'voltage drop'. Dengan menambah grounding, voltage drop ini boleh dikurangkan atau dielakkan.

Grounding sedia ada pada Proton Exora
No comments:
Post a Comment